Sahabat.
seandainya dikau tahu,
betapa berharganya dirimu
yang muncul dalam hidupku.
Sahabat.
Dikau mampu menjaga diriku,
begitu juga akan ku menjaga dirimu.
kerana dikau penyeri hidupku juga
Dikau sentiasa ada,
tatkala aku suka, duka dan tertawa.
tatkala aku perlukanmu,
kau datang menghampiri aku,
dengar kisah kau dan aku
Sahabat,
Betapa ku tahu dulu,
sahabat itu penting untuk kita teruskan kehidupan
betapa besar nilainya sehingga tidak boleh bertukar menjadi
duit?
benda?
kerana aku tahu dikau sahabat sejatiku.
sedangkan persahabatan tidak boleh digadai,
mahupun dijual beli.
namun?
dalam persahabatan yang bermakna itu,
akan berakhir kesudahannya,
inikah akhirnya?
aku percaya dirimu kawan.
bahawa dikau dan aku akan bersama,
mengekalkan persahabatan kita.
No comments:
Post a Comment